Beli buku di Bookxcess cyber monday sale!

 Hari Isnin lepas 29 Nov 2021 aku sempat shopping buku-buku dari BookXcess. Bukan apa kali ni rasa lebih berbaloi sikit dari sebelum-sebelum ni. Sebab apa aku cakap macam tu? Almaklum la..kalau tak sebelum ni nak kena beli RM120 baru dapat shipping free tapi bila shopping time cyber Monday ni dapat shipping free dengan min pembelian RM 49.90.

Buku murah shopping di Bookxcess

-Tu term & cond dia-


Bagi aku rasanya lebih mudah shopping online berbanding dengan dengan pergi ke kedai buku fizikal. Tak dinafikan memang seronok kalau dapat shopping atau cuci-cuci mata di kedai tapi tula, masa aku ke BookXcess di Tamarind square buku yang aku target memang takda. Sedih gak. Tu yang bila dapat peluang shopping online aku tak lepaskan.

Bookxcess cyber monday sale. Buku murah . Cheap book

-Ni tangkap layar dari website diorang-


So dah dapat la dalam 12 buah buku . Semua sekali totalnya RM73. Tu pun lepas tolak RM 6. Alkisahnya bulan lepas aku ada beli buku kat bookxcess ni tapi ada 1 buku yang berharga RM 6 takda. So diorang ganti buku tu melalui pemberian gift card dengan expired date dia selama setahun. Jadi, nak elakkan daripada terlupa pakai so aku guna ler siap-siap..hehe.

Cheap book by bookxcess cyber monday sale Tamarind square

-Ni antara buku yang di beli-

Okla, pada siapa yang sempat shopping tu selamat membaca bila buku dah sampai nanti. Pada yang tak sempat jangan risau. Rasanya sekarang tiap-tiap bulan ada jualan buku. Jumpa lagi!




MHR
0000 Hours
1 dec 2021




Comments

Popular posts from this blog

"Saya menang motor"

Memori

Pengasah pisau Accu sharp