Posts

Showing posts with the label memori

Buat stove cover guna kayu pallet

Image
2-3 harini banyak kali iklan kayu palet dok lalu kat wall aku. Bukannya tak minat nak bertukang ni tali masalahnya aku ni bab ukur-ukur ni slow sikit. Ambil masa nak faham semua. Yang aku perasan sekarang ni trend orang dok buat penutup dapur guna kayu palet & projek ni pun macam senang so apa lagi, buat research YouTube & google sikit lepas tu start order kayu. Aku cari kat shopee je kayu ni. Sebelum ni takut jugak nak order dengan shopee. Yela, tak dapat nak bayangkan macamana time diaorg nak hantar nanti. Aku tak survey banyak pun. Just tengok 1 kedai ni je, nama dia palletxpert. Rating tengok macam ok. So aku pun order. Modal kayu dalam Rm94 macam tu. Siap minta seller potongkan senang.                  -Gambar selepas di buka- So, berbekalkan  tools yang basic aku pun mula start bertukang sesampainya  barang daripada kurier.                    - D...

"Saya menang motor"

Image
Tajuk ja menang motor tapi sebenarnya menang benda lain. Dulu ayat "saya menang motor" ni popular kot sebab palcik tu menang grand prize (circa tahun 2000) haha.  Baru-baru ni aku ada join 1 contest. Saja ja masuk kot boleh menang tapi tak harap pun menang. Yela bukan pakai modai pun cuba pi la ye dak. Bak kata orang, "tuah ayam nampak di kaki, tuah aku nampak kat kaki aku" hmmmmm macam tu la lebih kurang bunyi dia.   sumber: google Last-last alhamdulillah menang. Tak grand prize pun tapi menang hokkay! Okla kan rezeki (ntah-ntah rezeki orang yang aku tag tu tapi dapat kat aku.. haha). Tak besaq pun hadiah dia tapi bagi aku best la jugak sebab dapat benda yang aku belum ada lagi. Kalau nak beli pun memang tak tau la bila nak beli..haha. Takpa, nanti kalau kata hadiah tu dah sampai aku buat review kat sini.. cewahhh.

Hantaran pertama (1st post)

 Saja ja nak menulis kat sini bukan style pun. Haha. Moga apa yang ditulis kat sini boleh jadi rujukan atau kenangan kat masa depan. Yela,kadang tu dalam seumur hidup pun boleh lupa apa benda yang kita lalui. Jadinya blog ni kira boleh jadi diari atas talian (online) la.. haha  Lagipun buat masa ni tak semua orang tau siapa empunya blog ni melainkan aku, isteri aku & yang mana tao tu tao la (maybe) ceywahh.. Okla. Memandangkan ni hantaran pertama so harap lepaskan ni ada la hantaran- hantaran lain (posts). Jangan last-last bersawang haha tapi rasanya tak kot sebab kat sini selesa sikit nk menulis sebab bukan ramai pun tau...haha. Ok jumpa lagi shemuaaaa...