Buat stove cover guna kayu pallet

2-3 harini banyak kali iklan kayu palet dok lalu kat wall aku. Bukannya tak minat nak bertukang ni tali masalahnya aku ni bab ukur-ukur ni slow sikit. Ambil masa nak faham semua.

Yang aku perasan sekarang ni trend orang dok buat penutup dapur guna kayu palet & projek ni pun macam senang so apa lagi, buat research YouTube & google sikit lepas tu start order kayu.

Aku cari kat shopee je kayu ni. Sebelum ni takut jugak nak order dengan shopee. Yela, tak dapat nak bayangkan macamana time diaorg nak hantar nanti.

Aku tak survey banyak pun. Just tengok 1 kedai ni je, nama dia palletxpert. Rating tengok macam ok. So aku pun order. Modal kayu dalam Rm94 macam tu. Siap minta seller potongkan senang.

                 -Gambar selepas di buka-

So, berbekalkan  tools yang basic aku pun mula start bertukang sesampainya  barang daripada kurier.

                   - Dah jadi stove cover-


Susah juga kalau cuma ada tool basic. Mula-mulanya drill nak buat pilot drill. Dah buat cantik sekali skru pula kecil dari lubang,so memang skru tu tak pegang la kayu. Nasib baik magic box jadi penyelamat. Ada skru lama yang boleh pakai. Almaklum la tak pernah bertukang.

                - Tunggu masa nak varnish-

Dah jadi cover, kertas pasir & handle takda pulak! (Sebab dalam fikiran aku, mesti amik 2-3 mingu jugak nak siap hahaha) Haishh..dah kena keluar pergi Hardware. Nasib baik la kedai hardware dekat rumah aku ni lengkap. So beli la varnish (harga RM14) & berus sekali. Boleh tahan juga harga handle antik stove cover ni Rm7 untuk 1.Rasanya kalau kat shopee mungkin lagi murah.
                - Tunggu masa nak kering-

                        - Ni belah depan-



              - Brand varnish yang aku guna-


Stove cover diy kayu pallet beli dari shopee palletxpert guna kayu pine

-Gambar sebelum letak cover-




Stove cover kayu pine kayu pallet syelek varnish shopee palletxpert

-Dah siap!-



So, next day dah mula start varnish. Okla kaler dia sebab still nampak natural. Tapi agak lama nak tunggu dia betul-betul kering. Dalam 24 jam macam tu lepas tu  Ok dah boleh guna!

MHR
1548 hours

Comments

Popular posts from this blog

"Saya menang motor"

Memori

Pengasah pisau Accu sharp