Posts

Beli buku di Bookxcess cyber monday sale!

Image
 Hari Isnin lepas 29 Nov 2021 aku sempat shopping buku-buku dari BookXcess. Bukan apa kali ni rasa lebih berbaloi sikit dari sebelum-sebelum ni. Sebab apa aku cakap macam tu? Almaklum la..kalau tak sebelum ni nak kena beli RM120 baru dapat shipping free tapi bila shopping time cyber Monday ni dapat shipping free dengan min pembelian RM 49.90. -Tu term & cond dia- Bagi aku rasanya lebih mudah shopping online berbanding dengan dengan pergi ke kedai buku fizikal. Tak dinafikan memang seronok kalau dapat shopping atau cuci-cuci mata di kedai tapi tula, masa aku ke BookXcess di Tamarind square buku yang aku target memang takda. Sedih gak. Tu yang bila dapat peluang shopping online aku tak lepaskan. -Ni tangkap layar dari website diorang- So dah dapat la dalam 12 buah buku . Semua sekali totalnya RM73. Tu pun lepas tolak RM 6. Alkisahnya bulan lepas aku ada beli buku kat bookxcess ni tapi ada 1 buku yang berharga RM 6 takda. So diorang ganti buku tu melalui pemberian gift card dengan exp

Buat stove cover guna kayu pallet

Image
2-3 harini banyak kali iklan kayu palet dok lalu kat wall aku. Bukannya tak minat nak bertukang ni tali masalahnya aku ni bab ukur-ukur ni slow sikit. Ambil masa nak faham semua. Yang aku perasan sekarang ni trend orang dok buat penutup dapur guna kayu palet & projek ni pun macam senang so apa lagi, buat research YouTube & google sikit lepas tu start order kayu. Aku cari kat shopee je kayu ni. Sebelum ni takut jugak nak order dengan shopee. Yela, tak dapat nak bayangkan macamana time diaorg nak hantar nanti. Aku tak survey banyak pun. Just tengok 1 kedai ni je, nama dia palletxpert. Rating tengok macam ok. So aku pun order. Modal kayu dalam Rm94 macam tu. Siap minta seller potongkan senang.                  -Gambar selepas di buka- So, berbekalkan  tools yang basic aku pun mula start bertukang sesampainya  barang daripada kurier.                    - Dah jadi stove cover- Susah juga kalau cuma ada tool basic. Mula-mulanya drill nak buat pilot drill. Dah

Pengasah pisau Accu sharp

Image
Hi semua. Harini aku nak review pasal pengasah pisau. Ni berdasarkan daripada pengalaman aku menggunakan pengasah pisau jenama Accu Sharp (harap maklum ni bukan paid review ya. Yela,kadang susah sangat bila nak asah pisau ni (bagi aku la). Kadang tu 1/2 jam asah guna cara tradisional tapi hasil lepas tu hampeh.                          -Ni la pengasah dia- Sebabkan aku ada masalah nak asah pisau ni so aku selalu la dok google² pasal cara asah pisau ni. Dah macam-macam cara aku cuba & ikut tapi hasil start sama. So nak dijadikan cerita aku pun scroll dalam shopee. Dalam banyak-banyak jenis pengasah tu aku jumpa satu pengasah ni jenama Accu Sharp. Berdasarkan daripada review dalam shopee ni ramai yang cakap guna pengasah ni memang senang & cepat bagi pisau tajam.                         -Ni cara guna dia- Tapi...yang tak syoknya harganya tu..paling murah aku jumpa RM66. Cuma tak tahu ori ke tak sebab ada yang jual RM 80. So aku pun beli la kat shopee. Mema

"Saya menang motor"

Image
Tajuk ja menang motor tapi sebenarnya menang benda lain. Dulu ayat "saya menang motor" ni popular kot sebab palcik tu menang grand prize (circa tahun 2000) haha.  Baru-baru ni aku ada join 1 contest. Saja ja masuk kot boleh menang tapi tak harap pun menang. Yela bukan pakai modai pun cuba pi la ye dak. Bak kata orang, "tuah ayam nampak di kaki, tuah aku nampak kat kaki aku" hmmmmm macam tu la lebih kurang bunyi dia.   sumber: google Last-last alhamdulillah menang. Tak grand prize pun tapi menang hokkay! Okla kan rezeki (ntah-ntah rezeki orang yang aku tag tu tapi dapat kat aku.. haha). Tak besaq pun hadiah dia tapi bagi aku best la jugak sebab dapat benda yang aku belum ada lagi. Kalau nak beli pun memang tak tau la bila nak beli..haha. Takpa, nanti kalau kata hadiah tu dah sampai aku buat review kat sini.. cewahhh.

Memori

Image
Sebut pasal memori mesti semua dok ingat pasal kenangan kan ada yang best ada yang tak best..haha tapi mana pi semua?adaa.. dalam henset la kan lepas tu bila talifon memori penuh delete buang. Lepas ni kalau boleh semua gambar yang aku tangkap aku nak simpan 1 tempat lepas tu nak print. Bukan apa, kadang tu bila tengok orang ada gambar-gambar lama macam best pulak. Yela, bukan kita takda cuma malas nak print (kalau dulu orang sebut cuci gambar) -ni salah satu company yang buat offer untuk cuci gambar.- La ni senang dah, tak macam dulu-dulu. Tangkap gambar tapi tak tau macamana rupa gambar tu. Sekali lepas siap cuci tengok-tengok nooohhhhhh mata pejam,mulut ternganga la & etc. Sekarang kalau gambar tak cun boleh padam pastu tangkap balik. Bab cuci(print) pulak, sekarang tak yah susah-susah nak kena hantar kedai. Hang duduk depan pc hang pilih ja mana nak print lepas tu tunggu ja dia sampai. Kalau dulu nak kena pi hantar kedai pastu  2-3 hari baru siap cuci baru boleh pi

Esok dah nak kerja

  Ok, sama macam tajuk hantaran ni.. bukan sebab malas nak pi kerja( kalau kata malas takkan la dah lebih 10 tahun aku kerja kat sini) tapi ntah la, rasa stress tu lain macam. Mungkin sebab kali ni cuti lama kot tu yang rasa macam-macam. Kalau boleh rasa nak tarik jarum jam biaq dia tak bergerak langsung ( tapi berapa banyak jam nak kena tarik) haha..k Kalau sekolah dulu hari sabtu mesti aku cuba tido lambat kononnya nak bagi lama sikit rasa ( maklum la, malas pi sekolah) haha tapi tula dulu rancangan tv sampai pukul 12 saja last-last tidoq awal juga.  Kalau la ( sekarang) ni memang boleh la sebab program tv 24 jam tapi tu pun penuh dengan macam-macam shop...haih tapi takpa sebab ada internet. Kalau dulu pun ada (circa tahun 2000an) cuma tula, internet slow & takda macam YouTube etc paling kuat pun ada program untuk chatting & game flash ja. Okla. Rasa macam dah panjang sangat ni. Nanti kalau ada apa-apa aku edit la balik(haha). Kan best kalau hidup ni ada program edit-edit hah

Hantaran pertama (1st post)

 Saja ja nak menulis kat sini bukan style pun. Haha. Moga apa yang ditulis kat sini boleh jadi rujukan atau kenangan kat masa depan. Yela,kadang tu dalam seumur hidup pun boleh lupa apa benda yang kita lalui. Jadinya blog ni kira boleh jadi diari atas talian (online) la.. haha  Lagipun buat masa ni tak semua orang tau siapa empunya blog ni melainkan aku, isteri aku & yang mana tao tu tao la (maybe) ceywahh.. Okla. Memandangkan ni hantaran pertama so harap lepaskan ni ada la hantaran- hantaran lain (posts). Jangan last-last bersawang haha tapi rasanya tak kot sebab kat sini selesa sikit nk menulis sebab bukan ramai pun tau...haha. Ok jumpa lagi shemuaaaa...